Daftar Alumni ANNAIM

Login Form
Feed Display
No Feed URL specified.
Kalendar Aktiviti
September 2014
S M T W T F S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 1 2 3 4
Pelawat

free counters

Home

Mutakhir

Popular

Panorama Sekolah

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

Guru SMKA Naim Lilbanat Kota Bharu

 

 

Guru Lelaki 2013/2014

 

 

Guru Perempuan 2013/2014

 

 

 

 

 

 

 

Last Updated (Wednesday, 01 January 2014 23:12)

 

Warden Asrama Puteri Naim 2013/2014

Last Updated (Thursday, 19 September 2013 12:14)

 

Sambutan Maulidur Rasul dan Perpisahan PKP

Last Updated (Sunday, 12 February 2012 09:28)

 

Kem Remaja Kreatif ASWARA

Last Updated (Friday, 23 March 2012 10:56)

 

Program Pengantarabangsaan (Jalinan dan Jaringan Pendidikan) ke Padang Indonesia

User Rating: / 125
PoorBest 

Pada 11 hingga 15 Mac 2012 Program Pengantarabangsaan (Jalinan dan Jaringan Pendidikan) ke Padang Indonesia telah diadakan oleh Unit SBT SMKA Naim Lilbanat.  Program ini melibatkan 24 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring. Guru-guru yang mengiringi pelajar ialah Tuan Pengetua Pn. Hajjah Maimunah Ismail, Penyelaras SBT SMKANL En. Mohd Hilmi Hj Ramle, En. Mohammed Suzuki Mohammad, Pn. Siti Nazifah Mohd Nawi, Pn. Nik Ainun Nik Jaafar dan En. Harun Ismail. Objektif program ini ialah mengadakan hubungan jalinan dan jaringan dengan institusi-institusi pendidikan di Padang Indonesia di samping menyertai beberapa pertandingan ko kurikulum di sana.

Institusi-institusi pendidikan yang dikunjungi ialah Pondok Pasentren Pasir Bukit Tinggi, SMAN 1 Padang, Fakultas Syariah IAIN Imam Bonjol dan Fakultas Hukum Universitas Andalas Padang.  Melalui hubungan jalinan dan jaringan ini, pelajar-pelajar peserta lawatan telah didedahkan dengan sistem pembelajaran dan syarat-syarat kelayakan bagi mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran di universitas-universitas yang dikunjungi.  Rombongan lawatan disambut oleh dekan dan pegawai-pegawai akademik dan hal ehwal pelajar di setiap tempat yang dikunjungi serta diberi penerangan yang sejelasnya.  Hubungan yang terjalin membuka minda pelajar tentang sistem pembelajaran di luar negara yang boleh dijadikan panduan dalam memperkasa SMKA Naim Lilbanat.

Di SMAN 1 Padang, pasukan nasyid SMKA Naim Lilbanat telah mengadakan persembahan bersama, antara pasukan nasyid SMKA Naim Lilbanat dan pasukan nasyid SMAN 1 Padang.  Pada kesempatan ini, pelajar-pelajar telah dibawa untuk melihat sendiri perkembangan SMAN 1 Padang yang juga merupakan sekolah berprestasi tinggi di Padang.  Barisan guru pengiring mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar idea dengan kepala sekolah dan barisan pentadbiran serta guru-guru SMAN 1 Padang.

Kajian lapangan ke tempat-tempat menarik di sekitar Padang dan Bukit Tinggi juga telah diadakan.  Antaranya Jam Gadang Bukit Tinggi, Lobang Jepang dan Rumah Gadang iaitu salah sebuah rumah tradisional dan rumah adat Minangkabau. Di sini, ahli rombongan telah diberi penerangan dan penjelasan oleh pegawai yang bertugas mengenai adat istiadat Minangkabau.  Ahli rombongan telah disambut dengan adat istiadat Minangkabau sewaktu mengunjugi gedung "Citra Kembara" iaitu satu institusi pengenalan kepada budaya Minangkabau.  Peserta rombongan telah didedahkan dengan muzik Minangkabau dan dipakaikan dengan pakaian adat istiadat Minangkabau.

Misi kunjungan ke Padang Indonesia telah mencapai objektif yang dirancang.  Program Pengantarabangsaan dapat menjana pemerkasaan SMKA Naim Lilbanat ke arah meningkatkan statusnya setanding dengan sekolah-sekolah di peringkat antarabangsa sesuai dengan visi SMKA Naim Lilbanat "SMKA Naim Lilbanat Akan Menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi Bertaraf Dunia"

 

bas
bas
bas10
bas2
bas3
bas4
bas5
bas6
bas7
bas8
bas9

 

 

Last Updated (Monday, 26 March 2012 09:11)

 

Arkib

elNAIM Album

Frog VLE ID & Password