Home Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi

International Creative Video Competion 2013

 

Click here for Documents and Entry Forms

Last Updated (Monday, 09 September 2013 00:08)

 

Karnival Bahasa dan IT 13.0 ( K-BaIT )

Last Updated (Monday, 13 May 2013 12:33)

 

Lawatan Penanda Aras Briged Siber ke SMK King Edward VII Taiping

7 Februari 2013 (Khamis) - Seramai 32 orang pelajar dan 4 orang guru dari SMKA Naim Lil Banat, Kota Bharu Kelantan telah melakukan  Lawatan Penanda Aras Briged Siber / Bestari ke SMK King Edward VII, Taiping Perak

Rombongan tiba di  SMK King Edward VII, Taiping pada pukul 9.45 pagi dan di bawa ke Bilik Gerakan untuk sesi berkenalan dan taklimat. Mereka telah di beri penerangan mengenai sejarah dan kejayaan sekolah oleh Pengetua Tuan Haji Abdul Rahsib b Husain. Kemudian wakil rombongan iaitu En Suhaimi Fauzi Md Ali telah memberi penerangan mengenai SMKA Naim Lil Banat serta aktiviti Briged Siber sekolah berkenaan. En Ahmad Mazlan , Guru Penyelaras Bestari SMKE kemudiannya memberi penerangan mengenai aktiviti Briged Bestari sekolahnya serta pengalaman lawatannya bersama rombongan Bahagian Teknologi Pendidikan ke Jeollanamdo Office Of Education , Korea Selatan pada tahun 2010 sebagai sesi perkongsian ilmu perkembangan ICT semasa.

Rombongan SMKA Naim Lil Banat diketuai  oleh 4 orang guru iaitu En Suhaimi Fauzi Bin Md Ali, Ustaz Mohd Hang Tuah Bin Ismail, Ustaz Omar Hamdan Bin Hj. Mohamed dan Pn Mariah Binti Kadir.

Majlis taklimat di pengerusikan oleh Pn Nooralishah Ali. Turut hadir adalah AJK pengurusan lawatan iaitu En Khairol Mohamad, Pn Yushaiza dan Pn Norhidayah. En Mohmad Noorhisham telah merakamkan gambar foto aktiviti hari ini untuk majalah sekolah SMKE.

Turut memeriahkah majlis adalah Penolong Kanan Pentadbiran SMKE, guru-guru kanan dan beberapa orang guru yang terlibat dengan pentadbiran dan ICT.  Pelajar Briged Bestari SMKEVII juga turut hadir merakamkan perjalanan aktiviti hari ini.

Pelajar kemudian mengadakan lawatan sendiri ke sekitar sekolah dengan pimpinan Briged Bestari SMKEVII.

Sesungguhnya lawatan ini telah dapat merapatkan silaturrahim  antara dua sekolah yang berjauhan ini disamping memperolehi pengetahuan mengenai pengalaman masing-masing dalam menggerakkan Briged Siber / Bestari sekolah masing-masing.

 


Very Simple Image Gallery:
Could not find folder /home/smartnai/public_html/images/stories/verysimple14/

 

Cabaran IIPEC 12.0

Please click  'Like' on our page...

International Islamic Practices Extreme Challange ( IIPEC 12.0 )

Last Updated (Wednesday, 17 October 2012 10:13)

 

International Linkages Programme to Melbourne

Last Updated (Wednesday, 13 June 2012 13:05)

 
More Articles...

Arkib