Latest Post


1.Pengenalan : 
Apabila kita cinta akan seseorang, nama dan dirinya selalu disebut dan diingati. Perasaan orang bercinta begitu indah sehingga sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Begitulah juga apabila kita bercinta dengan Allah. Semakin banyak kita berzikir, semakin dekat Allah mengisi hati kita. Zikir menjadi kunci kita kepada pintu cintaNya.

2. .Matlamat: 

2.1  Laluan zikir dapat menjadi medan dakwah yang berkesan bagi warga Smka Naim Lilbanat
2.2 Menjadi tempat laluan untuk mengingati Allah
2.3 Dapat melahirkan warga Naim Lilbanat yang sentiasa bersyukur

3.  Objektif
     Di antara objektif laluan zikir ialah :
3.1  Mendidik warga sekolah untuk mengamalkan zikir sepanjang masa
3.2  Mewujudkan satu kawasan yang dapat menberi ingatan dalam kalangan warga sekolah untuk berzikir kepada Allah.
3.3  Menjadi daya tarikan kepada para pelajar untuk pergi ke masjid Annaim

4. Impak kepada pelajar
4.1  Dapat melahirkan warga sekolah yang sentiasa mengingati Allah
4.2  Warga sekolah mempunyai satu tempat yang dapat menimbulkan kesedaran dari lalai mengingati Allah.

5.  Sasaran
    Semua warga Naim Lilbanat khususnya kepada para pelajar Naim Lilbanat

8. Anggaran Perbelanjaan
PERKARA
JUMLAH ( RM )
Pemasangan lampu zikir dan papan tanda laluan zikir)
Rm 450. 00
Radio
Rm 60. 00
Lain-lain
Rm 50. 00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 560. 00

Iftar Perdana Peringkat Sekolah diadakan pada 18 Mei 2019 yang bertempat di Pusat Islam an-Naim. Program ini dihadiri oleh Tn Pengetua, semua warga guru dan kakitangan sekolah. Turut memeriahkan majlis ini ialah keluarga guru dan kakitangan. Acara bermula dengan tahlil dan doa selamat sebelum berbuka puasa. Semua hadirin menikmati juadah yang disediakan secara potluck oleh warga guru dan kakitangan.








        Selaras dengan matlamat Sekolah Berprestasi Tinggi untuk melahirkan pelajar yang pintar lagi solehah.Program ini diadakan bagi meningkatkan kecemerlangan sahsiah murid melalui Program menghafaz Al Quran  surah surah pilihan . Seandainya tingkahlaku murid berjaya dibentuk, sekaligus gejala dan salah laku disiplin murid-murid Islam dapat dikurangkan hingga ke peringkat sifar. Sejajar dengan firman Allah dalam surah al-Ankabut, ayat 45 yang bermaksud; ....dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat mencegah daripada  melakukan perbuatan keji dan mungkar”.
Kelas ini  bermula pada 9April 2019 bersamaan 3 Syaaban 1440H.




Kaitan dengan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
Pelajar dapat menghafaz surah  surah pilihan dalam  Surah Hafazan subjek Pendidikan Al Quran dan Sunnah

Selain daripada memenuhi objektif yang tersurat, program ini juga merupakan satu usaha bagi membimbing pelajar yang telah menghafaz Al Quran agar sentiasa menjaga hafalan agar tidak lupa. Disamping itu juga memudahkan pihak sekolah untuk menghantar wakil pertandingan hafazan samada peringkat sekolah atau luar. Ini merupakan satu usaha untuk memberi nilai tambah  kepada unit Ko Agama 

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.