Kami Warga
SMKA Naim Lilbanat
dengan penuh Ikhlas dan
Amanah,
dengan penuh Tekad dan Iltizam
berikrar dan berjanji
akan menumpukan
Seluruh Tenaga dan Usaha Kami
untuk :
Mendidik pelajar-pelajar
ke arah mencapai kecemerlangan hidup
di dunia dan di akhirat.
Memberi perkhidmatan yang terbaik
dalam memberi pendidikan yang bermutu
berdasarkan budaya ilmu
dan budaya cemerlang.
Memberi didikan yang penuh cekap, dinamik,
dedikasi , penuh tanggungjawab
dan bijaksana demi
melahirkan pelajar yang berilmu,
beriman, berketrampilan, berakhlak mulia ,
bertanggung jawab dan
proaktif.
Menyediakan kemudahan pendidikan lengkap,
selamat dan kondusif.
Bersedia menerima idea-idea membina
dan sebarang pandangan, teguran
demi meningkatkan prestasi
perkhidmatan
dan kecemerlangan pelajar
dalam akademik dan sahsiah.
Post a comment