السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Syukur ke hadrat Ilahi dengan
limpah kurnia Nya berjumpa lagi pada tahun ini
Matlamat kerajaan untuk
menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 amat bergantung kepada keupayaan
dan kesungguhan para pendidik dalam menyampaikan ilmu secara berkualiti.
Hasrat dan aspirasi negara untuk
mencapai negara maju mengikut acuan sendiri memerlukan rakyat yang berkemahiran
tinggi dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Oleh yang
demikian Transformasi Pendidikan amat perlu dilaksanakan agar sistem pendidikan
kita terus relevan dengan keperluan negara dan antarabangsa.
Dengan adanya laman web ini saya
berharap agar dapat dimanfaatkan ke arah peningkatan tahap profesionalisme yang
tinggi dan berkualiti serta bertindak ke arah membantu meningkatkan prestasi
SMKA NAIM LILBANAT dalam semua aspek.
Sekian, terima kasih.
Wassalam
Post a comment