July 2018

    Sempena musim buah2an tahun ini, pihak Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SMKA Naim Lilbanat tidak ketinggalan untuk memeriahkan suasana. Pesta Durian (Mahrajan Durian) meraikan staff sekolah ini dengan jamuan durian, manggis dan rambutan. Ia diserikan lagi dengan pulut durian yang disediakan oleh pihak kantin sekolah. Bertempat di kantin sekolah , aktiviti mengeratkan silaturrahim sesama staff sekolah diadakan pada hari Rabu 25 Julai 2018 jam 2.30 petang.







Lambaian Kasih Kuntuman Budi meraikan persaraan Datin Hjh Rohani Hassan , PK Hal Ehwal Murid. Setelah 30 tahun berkhidmat disekolah ini, saat perpisahan terpaksa dilalui juga oleh seluruh warga naim dan Datin Hjh sendiri, Semoga datin berbahgia bersama keluarga tersayang










Pengurusan Jabatan Pendidikan Islam SMKA Naim Lilbanat telah mengadakan kunjungan penanda aras ke SMK Kg Laut pada 5 Julai 2018. Rombongan diketuai oleh Ybrs Tuan Pengetua disertai Guru Kanan Jab. P.Islam, GK Bahasa, GK Sains Kemanusiaan,  Kaunselor, Guru Takmir Masjid alNaim, Guru Penyelaras Bestari, Penyelaras Frog VLE dan Juruteknik Komputer.
Lawatan ini adalah perkongsian pintar  pengurusan takmir Surau/masjid sekolah serta Frog Vle Classroom SMK Kg.Laut. Untuk rekod, SMK Kg Laut telah memenangi Pengurusan takmir masjid terbaik disamping Juara Pengoperasian Frog Vle peringkat Negeri sebanyak 3 Kali iaitu 2015, 2016, 2017.











Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.