April 2019


Program tadarus yang dirancang ini adalah bertujuan untuk kecemerlangan sahsiah pelajar SMK Agama Naim Lilbanat sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Program yang dirancang perlu dilaksanakan secara berterusan agar membuahkan hasil yang membanggakan.Disamping mengurangkan masalah disiplin pelajar.

 Kaitan dengan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
Pelajar dapat membaca dan menghafaz ayat ayat hafazan silibus tingkatan 1 dan 2 dengan baik dan lancar mengikut tajwid yang betul.



Sasaran : Semua pelajarTingkatan 1 dan 2 SMKA Naim Lilbanat yang tidak tinggal di asrama


Impak Kepada Pelajar

  • Pelajar dapat membaca Al Quran dengan baik
  • Masalah disiplin dapat dikawal dan dikurangkan.
  • Dapat merapatkan hubungan silaturahim di kalangan pelajar Tingkatan 1dan Tingkatan 2

Bengkel Aplikasi ICT dalam PdPc anjuran Unit Pembestarian SMKA Naim Lilbanat bertempat di Makmal Perdana Simulasi. Dihadiri oleh PK HEM, Guru kanan serta para guru pelbagai bidang untuk berkongsi kepakaran dalam aplikasi Padlet dan Kahoot. Para guru merasa sangat seronok dan menjangkakan akan ada siri2 program berterusan pada masa akan datang untuk kecemerlangan ICT dalam PdPc.


untuk





Pelancaran Ihya’ Ramadan ini bertemakan : Tarbiah diri dan jiwa .  Bertempat di Dewan Hj Yaacob bertarikh 24hb April 2019 bermula jam 7;50 pagi. Acara ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tn Pengetua dan diserikan dengan persembahan montaj pelancaran. Tn Pengetua dan PK Pentadbiran  telah melakukan gimik  INFAQ sempena Ramadhan alMubarak dengan memberikan sumbangan peribadi untuk tabung Ihya. Semoga Allah memberkati



















Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.