PROGRAM : KELAS INTENSIF HAFAZAN



        Selaras dengan matlamat Sekolah Berprestasi Tinggi untuk melahirkan pelajar yang pintar lagi solehah.Program ini diadakan bagi meningkatkan kecemerlangan sahsiah murid melalui Program menghafaz Al Quran  surah surah pilihan . Seandainya tingkahlaku murid berjaya dibentuk, sekaligus gejala dan salah laku disiplin murid-murid Islam dapat dikurangkan hingga ke peringkat sifar. Sejajar dengan firman Allah dalam surah al-Ankabut, ayat 45 yang bermaksud; ....dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat mencegah daripada  melakukan perbuatan keji dan mungkar”.
Kelas ini  bermula pada 9April 2019 bersamaan 3 Syaaban 1440H.




Kaitan dengan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
Pelajar dapat menghafaz surah  surah pilihan dalam  Surah Hafazan subjek Pendidikan Al Quran dan Sunnah

Selain daripada memenuhi objektif yang tersurat, program ini juga merupakan satu usaha bagi membimbing pelajar yang telah menghafaz Al Quran agar sentiasa menjaga hafalan agar tidak lupa. Disamping itu juga memudahkan pihak sekolah untuk menghantar wakil pertandingan hafazan samada peringkat sekolah atau luar. Ini merupakan satu usaha untuk memberi nilai tambah  kepada unit Ko Agama 

Post a Comment

[blogger]

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.