PROGRAM : KELAS INTENSIF HAFAZAN
Selaras dengan
matlamat Sekolah Berprestasi Tinggi untuk melahirkan pelajar yang pintar lagi
solehah.Program ini diadakan bagi meningkatkan
kecemerlangan sahsiah murid melalui Program menghafaz Al Quran surah surah pilihan . Seandainya tingkahlaku
murid berjaya dibentuk, sekaligus gejala dan salah laku disiplin murid-murid
Islam dapat dikurangkan hingga ke peringkat sifar. Sejajar dengan firman Allah
dalam surah al-Ankabut, ayat 45 yang bermaksud; ‟....dan dirikanlah solat, sesungguhnya
solat mencegah daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar”.
Kelas
ini bermula pada 9April 2019 bersamaan 3
Syaaban 1440H.
Kaitan dengan Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc)
Pelajar dapat menghafaz surah surah pilihan dalam Surah Hafazan subjek Pendidikan Al Quran dan
Sunnah
Selain daripada memenuhi objektif yang tersurat,
program ini juga merupakan satu usaha bagi membimbing pelajar yang telah
menghafaz Al Quran agar sentiasa menjaga hafalan agar tidak lupa. Disamping itu
juga memudahkan pihak sekolah untuk menghantar wakil pertandingan hafazan
samada peringkat sekolah atau luar. Ini merupakan satu usaha untuk memberi
nilai tambah kepada unit Ko Agama