July 2019


Program tadarus yang dirancang ini adalah bertujuan untuk kecemerlangan sahsiah pelajar SMK Agama Naim Lilbanat sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Program yang dirancang perlu dilaksanakan secara berterusan agar membuahkan hasil yang membanggakan.Disamping mengurangkan masalah disiplin pelajar.

 Kaitan dengan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
Pelajar dapat membaca dan menghafaz ayat ayat hafazan silibus tingkatan 1 dan 2 dengan baik dan lancar mengikut tajwid yang betul.



Sasaran : Semua pelajarTingkatan 1 dan 2 SMKA Naim Lilbanat yang tidak tinggal di asrama


Impak Kepada Pelajar

  • Pelajar dapat membaca Al Quran dengan baik
  • Masalah disiplin dapat dikawal dan dikurangkan.
  • Dapat merapatkan hubungan silaturahim di kalangan pelajar Tingkatan 1dan Tingkatan 2

Majlis Kesyukuran Kecemerlangan PT3, SPM, STPM diadakan pada hari Rabu 20 mac 2019
 Bermula dengan penyembelihan lembu yang diketuai oleh Tn Pengetua dengan dibantu oleh para guru dan kakitangan sekolah. Warga naim bertungkus lumus menyiapkan dan memasak juadah dan akhirnya berjamu selera bersama seluruh pelajar dan bekas pelajar sesi 2018. Turut hadir ialah YDP PIBG dan tetamu dari JPN Kelantan dan PPD Kota BHaru
















Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.