Sejarah Asrama Puteri


Pada tahun 1956, bangunan madrasah ini telah dipindahkan pula ke Jalan Sultan Yahya Petra sehinggalah sekarang. Yang Teramat Mulia Tengku Zainab Ibni Al Marhum Tengku Muhamad (Raja Perempuan Zainab 2) dan abangnya Tengku Ibrahim Ibni Al Marhum Tengku Muhamad (Tengku Sri Utama Raja) mengurniakan tanahnya dan dijual dengan harga yang murah dan ditukar nama dengan serta merta kepada Tuan Haji Nik Yahya Nik Daud dengan harga $24,000.00 dengan bayaran secara ansuran. 
Bagi menjelaskan bayaran ini, Tuan Haji Nik Yahya telah memohon sumbangan daripada Yang Teramat Mulia Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu dan telah menyumbangkan sebanyak $70,000.00 di samping beliau sendiri telah meletakkan batu asas pembinaan sekolah ini pada 3 Ogos 1958 bersamaan 17 Muharram 1378H.
Pada tahun 1983, Blok B, Asrama B dan sebuah Musalla telah dibina, selain daripada Blok A dan Asrama A yang sedia ada sejak 1958 lagi. Sehingga tahun 1983, sekolah ini hanya mempunyai 2 blok pentadbiran dan 2 buah asrama selain sebuah dewan makan. Bangunan blok C SMKANL telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha MuliaTuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra pada tanggal 5 April 1984 bersamaan 3 Rejab 1401H.
Pembinaan Blok D pada tahun 1990 manakala Asrama C dan masjid pula dibina pada tahun 1995. Setahun kemudian Blok E yang menempatkan makmal sains telah dibina.

Pada tahun 2007, 2 blok asrama baru mula dibina dengan peruntukan terus daripada KPM. Asrama ini nanti akan menampung pelajar-pelajar yang tinggal di asrama lama yang terletak dalam kawasan sekolah dan blok asrama lama ini akan dijadikan kelas dan bilik-bilik untuk aktiviti serta pengurusan lain

Post a Comment

[blogger]

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.